(INSTITUSI OWL) Bab 11:  Praktis Hari Ketiga- Novel Bersiri Online

BAB 11 : Praktis Hari Ketiga

Seperti biasa aku merupakan orang pertama yang duluan sampai ke dewan. Aku menunggu kedatangan Kayden. Aku duduk di hujung pentas. Kakiku sengaja ku juntaikan.
“Hei.”
Aku berpaling. Sangkaku adalah Kayden, namun yang muncul adalah lelaki lain.
“Adiel, kau buat apa sini?” Soalku. Hairan melihat Adiel yang tiba-tiba muncul. Penari tambahan kah dia?
Adiel duduk di kerusi yang menghadap pentas. Kerusi itu benar-benar berhadapan denganku. “Can I ask you about something, Theo?”
Soalan Adiel itu mencurigakan. Aku berlagak tenang dan membetulkan kedudukanku. Daripada duduk longlai, aku menegakkan badanku. “About what?” Soal kembali kepada Adiel.
“The agreements between you and this faculty.” Sebut Adiel terus terang, dia melihat reaksi wajahku berubah.
Aku menelan liur. Perjanjian itu sepatutnya tidak ada sesiapa yang tahu. Ia merupakan perjanjian di antara aku dan orang atasan fakulti politik ini. Pelajar biasa seperti Adiel seharusnya tidak tahu. Tidak ada kepentingan untuk Adiel ambil tahu. Kenapa Adiel suka jaga tepi kain orang lain. Dan siapa yang memberitahunya?
“Perjanjian apa?” Soalku sengaja kebingungan. Padahal aku tahu apa yang dimaksudkan oleh Adeil.
“Aku hendak tahu secara terperinci.. tentang perjanjian tu.. dan.. selepas kau tandatangan.. apa yang terjadi?”
Adiel memerangkap diriku dengan soalan ‘apa yang terjadi?’ fikiranku terus teringat akan ritual di dalam hutan tempoh hari. Perlukah aku berterus terang.. tapi aku tidak boleh sesuka hati untuk percaya Adiel.
Adiel menyandarkan dirinya pada belakang kerusi. Dia tersenyum sedikit. Anehnya senyumannya itu menyebalkan hatiku. “Kalau.. kau hendak selamat dalam fakulti ni.. kau kena pilih aku sebagai kawan kau, Theo. Dan aku cuma nak bantu sahaja.” Ujarnya mengugutku.
Aku mengetam bibir sendiri. Aku tidak suka diugut sedemikian rupa, ia mengingatkanku terhadap kisah laluku, iaitu Elly yang pernah mengugutku untuk ikut arahannya agar kununnya aku akan selamat. Tapi di dalam institusi rahsia OWL ini, hendak selamat daripada siapa? Bukankah setiap sudut ia dikawal ketat oleh militari yang bertugas? Dan.. aku sudah tentu tidak akan membiarkan diriku dibuli lagi oleh mana-mana pelajar!
“Listen carefully, Adiel. I don’t have business with you.” Kataku sambil memandang tepat di mata ahli kelasku itu.
Adiel Mengangguk. “You will.. soon.” Ujarnya. Kemudian dia berdiri dan beredar dari sana.
Aku melepaskan keluhan berat. Sesekali aku meneguk air di botol. Sesekali juga aku mengurut kepalaku. Kayden masih belum muncul lagi. Jadi, aku berdiri dan mula praktis sendiri. Aku membayangkan sahaja ada pasangan halimunan yang sedang menari denganku di pentas besar itu. Sambil bibirku mengalunkan melodi sendiri, kerana aku tidak mempunyai speaker atau telefon pintar sebagai sumber muzik. Atau kerana sebenarnya, aku hendak melarikan fikiranku dari kisah lalu dan juga wajah Adiel yang muncul secara tiba-tiba tadi.
30 minit berlalu, Kayden masih belum muncul. Aku melepaskan keluhan. Komitmen kunun. Janji lelaki bermata sinaran amber ini sukar untuk dipercayai.
“Hai, Theo Dora dari blok Malaysia.”
Aku menoleh. Seorang pelajar lelaki masuk ke ruangan dewan, mendekati aku, dia mengenakan burnous yang tidak berkatup. Aku melihat kolar bajunya berbeza warna dari pelajar politik, ia berwarna hijau dengan kod #01796F. Bersusuk badan tinggi, tegap dan berotot nipis, seperti seorang askar yang menjalani latihan intensif tanpa lemak berlebihan. Kemas dan rapi. Mungkin dari belakang, dia kelihatan sama seperti Kayden. Tapi orang ini berwajah tajam dan serius dengan sedikit aura nobility.
“Kau bukan student politik.” Ujarku menganalisa sosok yang ada di hadapanku kini. Lelaki ini tinggi seperti Kayden.
“Ya. dan kau sepatutnya bukan student politik.” Bicaranya.
Aku mengangguk kerana benar.
“Aku Tengku Zafran, ketua pelajar fakulti Pertahanan Strategik. Aku di sini bukan sebab nak beramah mesra. Cuma, aku nampak jadual kau ni macam dah kena manipulasi.” Katanya sambil menyilangkan tangan ke dada. “Di mana Kayden? Dia masih tak belajar cara untuk konsisten dalam komitmen dia.”
“Komitmen dan kehadiran dia bukan masalah aku. Aku sedang panaskan badan.” Aku hairan mengapa keturunan sultan negeri entah di mana mahu berjumpa denganku dan berbual tentang kelewatan Kayden. Aku bukannya mama Kayden.
“Aku nak tahu tentang sesuatu dari kau.. Kau ada maklumat yang aku mahu.”
Aku merenung Zafran. Maklumat tentang perjanjian fakulti lagi? Adakah dia satu pihak dengan Adiel? Adiel juga menangih cerita dari aku tentang apa yang berlaku selepas perjanjian fakulti tu. Mana mungkin aku memberitahu tentang ritual yang berlaku pada malam itu, secara nyata atau hanya halusinasi. “Jika kau datang hanya untuk tanya tentang perjanjian fakulti macam Adiel tadi, kau berpijak pada garisan sia-sia.”
Dia tersenyum. “Bukanlah. Aku nak maklumat sejauh mana ingatan kau tentang.. Keadaan di luar sana.. Aku tahu kau terlibat dengan Helang Putih.”
Sebut sahaja nama komuniti itu aku sedikit berdebar. “Aku di sini untuk belajar. Aku tak menyimpan ingatan untuk dijual.”
“Aku tak cakap tentang buku teks. Aku bercakap tentang kisah kerajaan yang membiarkan komuniti kau mati dan menjadi tempat perkumpulan bangkai manusia terbesar. Kerajaan tak ambil kisah akan hal ini, jadi aku syaki kes ni dah jadi bahan bakar untuk gerakan pemberontakan orang luar. Betulkah kes tu masih belum sejuk?” Tanya Zafran.
Sejuk maksudnya redah atau terselesai dengan cara baik. Tapi menjawab persoalan Zafran itu.. Aku tak tahu. Cuma apa yang dikatakan oleh Zafran adalah benar. Aku sedikit kagum, Zafran tahu semua hal itu dan dia berhasrat untuk mengkaji. Kenapa agaknya?
“Aku seorang penganalisa. Aku perlukan maklumat dari kau. Ini sangat penting, kemungkinan OWL dalam bahaya.. Dan aku kena persiapkan semuanya, bermula di FPKS. ”
Zafran melangkah lagi, kini jarak kami hanya beberapa kaki. Meski tempat berdiri kami berbeza ketinggian, aku berada di atas pentas, dia pula berada di bawah pentas. Mendongak melihatku.
“Aku tahu latar belakang kau, Theo. John Javer, kematian masal, ibubapa yang membuang kau. Tapi aku perlu tahu teori di sebalik semua kekacauan ini. Kau berada di dalam, kau melihat bagaimana ia bermula. Apa yang komuniti Helang Putih buat sehingga kerajaan tutup sebelah mata, dan pemberontakan orang luar bakal terjadi terhadap OWL..”
“Aku cuma nak cakap satu hal.”
“Apa?”
“Kau buang masa.”
“Tolong berkerjasama dengan aku.”
“Kau perlu hantar proposal.”
“Aku tak perlu, sebab..”
“Sebab apa?”
“Aku ada data keberadaan John Javer.”
Di sana aku terdiam. Berfikir dengan cerah dan hati-hati. Zafran ada sesuatu yang aku mahu. Aku perlukan data itu untuk melunaskan dendamku.. Dan menyelamatkan Lily. Aku menarik nafas panjang sebelum menghembuskannya. “Apa maklumat yang kau mahu?”
“Aku nak tahu kenapa kerajaan biarkan John Javer dengan ketidakwarasan dia, aku perlu agenda yang disembunyikan supaya aku dapat predik seberapa besar pemberontakan yang akan berlaku.” Aku melihat Zafran begitu bersungguh. Bolehkah aku percayakan dia?
“Kita jumpa di P.A.K malam ni. Jam 8 tepat. Datang dengan soalan yang berstruktur dan tujuan yang jelas. Jangan buang masa aku lagi.” P.A.K ialah perpustakaan besar OWL, Perpustakaan dan Arkib Kognitif. Salah satu tempat untuk para pelajar menghabiskan masa ulangkaji malam atau sekadar perjumpaan. Ini mungkin alternatif dan jalan utama untuk aku melunaskan keinginanku. Zafran boleh menjadi pintu untuk aku mendapatkan kebebasan bersama Lily.
Zafran memandangku dia tersenyum. “Terima kasih.” Ucapnya. Tanpa buang satu saat, dia beredar.
Tinggallah aku sendirian di atas pentas di dewan fakulti yang serba luas ini. Aku termenung jauh. Dunia ini bergerak seperti medan magnet. Ia menarik dan menolak secara semula jadi. Aku kena bergerak seperti itu. Mungkin dengan cara mentaati arahan dari fakulti untuk mengikuti program-program yang dilaksanakan oleh OWL, aku boleh mengaburi mata-mata mereka semasa meneliti cara dan jalan untuk keluar dari sini.
Nombor 1, ambil data keberadaan John Javer dari Zafran. Nombor 2, Serang John Javer dan selamatkan Lily. Nombor 3, melarikan diri dari komuniti Helang Putih! Kejap, nombor 1, ada perubahan sedikit, kerana aku akan ambil data keberadaan Chairman itu berserta peta besar OWL. Ya. Zafran adalah pintu!
“Maaf..  Gue telat..”
Aku berpaling. Kelihatan Kayden memasuki ruangan dewan. Dia adalah orang pertama yang aku tunggu, tapi malah mengambil giliran nombor tiga pada hari ini. Lewat!
Aku melihat Kayden, ada sedikit perbezaan. Aura yang dibawa oleh Kayden agak mendung pada hari ni. Kayden duduk di kerusi yang diduduki oleh Adiel tadi. Kemudian dia meraup wajahnya sambil pandangannya ditundukkan ke  lantai.
Dari atas pentas aku menggaru kepala. Hairan dengan gelagat pelik Kayden. Kelmarin Kayden datang dengan tercungap-cungap. Hari ni, datang dengan mood yang berbeza. Adakah dia sakit?
“Kayden..are you okey?” Tanyaku. Meskipun aku berdiri jauh, aura depress Kayden itu sampai di hidungku. Aku boleh menghidu emosi Kayden yang melankolik sekarang.
Satu keluhan dilepaskan oleh Kayden. Keluhan itu bukan sekadar hembusan nafas kepenatan. Tapi, segala perasaan sesak  yang memanah jiwanya tika ini. Aku menjadi tidak senang hati. Something is wrong with him today..
Aku menuruni pentas, lalu mendekati Kayden perlahan. Di hadapan Kayden, aku perasan kedua-dua tangan Kayden yang masih menutup wajahnya itu bergetar, seperti kedinginan atau ketakutan..
“Kayden..” Panggilku. Aku menyentuh bahu Kayden. Kayden mengangkat pandangan lemahnya. Ketika itu juga, aku perasaan akan wajah Kayden yang pucat lesi. Peluh sejuk mengalir di tepi wajahnya. Mata Kayden sembab, masih berkaca. Sekali pandang sahaja, aku tahu ada bekas air mata yang mengalir.
“Did..someone..die?” Soalku perlahan.. cuba meramal hal dan keadaan yang sedang dihadapi oleh Kayden dengan soalan yang tidak wajar. Satu-satunya soalan yang keluar dari mulutku selepas melihat Kayden begitu, kerana kematian adalah satu-satunya data yang aku benar-benar faham.
Kayden melepaskan keluhannya lagi. Soalanku dibiarkan sepi. Dia mengurut dahinya. “Im sorry.. can we.. not.. practice today, Theo? Kepala gue kayaknya nggak stable banget.”
Aku terkedu. Tidak tahu hendak respon apa. Aku tidak pernah berhadapan dengan situasi begini. Selalunya, aku lah yang merasa terseksa dan tersakiti. Tapi kali ini, aku seakan melihat ke dalam cermin. Mahu sahaja aku memeluk bayangan diriku itu, tapi aku takut Kayden rasa kekok dan janggal denganku nanti. Label normal aku dan dia tidak sama.. latar belakang kami berbeza.
Aku menarik kerusi kosong, lalu duduk di sebelah Kayden. “Sure.. sure.. lagi pun.. kita dah hafal sepenuhnya tarian tu.. tinggal praktis-praktis macam tu sahaja. Plus. we still have plenty of times.” Bicaraku. Aku tahu, tidak ada yang lebih penting selain daripada bertenang dan berehat terutama ketika ditimpa kesedihan dan kebimbangan.
Dahulu, di saat diriku dilanda dengan kesulitan dan ujian hidup, apa yang aku harapkan hanyalah kewujudan seseorang kawan yang memahami dan mendengar segala luahan hatiku. Tapi ia tidak pernah berlaku. Mungkin sebab itulah aku mati rasa. Aku tahu rasanya perasaan dan gelora emosi yang dialami oleh Kayden tanpa perlu mengetahui asbabnya. Namun, aku tidak tahu hendak memberi respon apa. Aku tidak tahu hendak bertindak apa untuk meleraikan keadaan ni.. kerana ketika aku berada pada titik yang sama, semua kesedihan dan lelah itu aku simpan ke dalam hati, aku pendam tanpa ada peneman.
Tidak semena-mena, Kayden membaringkan kepalanya di bahuku. Aku kaget tapi tidak menolak, kerana.. aku tidak ada sebab untuk berganjak. Kayden memejamkan matanya sesaat. Dia sudah menemukan bahu untuk bersandar.  Buat seketika..
Buk!
Tubuh Kayden rebah di lantai. Aku panik. Bingkas aku mendapatkan Kayden. “You don’t look so good, Kayden..” bicaraku bimbang. Tubuh Kayden menggigil kesejukan. Kayden sangat lemah. Maskulinitinya lenyap.. dilahap oleh sesuatu yang membelenggui jiwa Kayden.
“Should I go and get someone to help?” Aku gusar dan bimbang melihat keadaan Kayden. “Yeah.. I should.” Balasku sendiri. Aku baru sahaja hendak berdiri, tapi tangan Kayden menggenggam tanganku. Dia tidak mahu aku pergi..
“Stay, Theo.. sekejap lagi.. I will be okay..” suara Kayden hampir tidak kedengaran. Ia seperti membisik sahaja. Aku diam. Inilah hal yang paling aku tak suka. Aku tidak tahu hendak ikut cakap siapa. Mindaku mahu berlari untuk mencari orang yang boleh membantu Kayden. Hatiku pula seakan taat dengan arahan Kayden.
Dalam diam aku mengeluh. Kita baru sahaja berkenalan Kayden.. dan aku tak sepatutnya melangkah dari benteng yang aku bina.. aku juga ada hal yang lebih penting dari institusi OWL ni.. kalau boleh aku tak mahu terikat dengan mana-mana orang dalam institusi ni.. agh! Tapi aku tak begitu kejam untuk tinggalkan kau dalam keadaan yang tragis.
“Baik.. aku stay..”
Lima minit berlalu, nampaknya Kayden sudah terlena di atas lantai dewan yang sejuk dan rata. Tapi badannya masih menggigil. Aku melepaskan keluhan lagi. Aku dan Kayden sepatutnya praktis pada hari ni. Tapi aku tidak boleh pentingkan diri sendiri. Penari lelaki itu dalam keadaan yang tidak stabil. Aku membuka burnous yang ku pakai lalu aku selimutkan di tubuh Kayden. Bahagian hoddie pula ku tutupkan ke leher dan kepala Kayden. Itu hal yang terbaik pernah aku lakukan kepada seseorang. Selalunya aku hanya tidak kisah..
Aku meninggalkan Kayden sebentar, kerana aku hendak ke tandas. Beberapa minit setelah itu, aku hendak kembali ke dewan. Tapi langkahku terhenti di sebalik pintu, ketika aku melihat Kayden sudah bangun dan sedang duduk di kerusi.. dia tidak berseorangan. Adiel ada bersama dengannya.
“Dia dah balik. beberapa minit yang lalu.” Adiel menyandarkan belakangnya pada pentas. Dia yang dimaksudkan adalah aku.
“Aku tak tahu apa yang berlaku di antara kau dengan Sir Peter dalam minggu ni. Aku cuma nak nasihatkan kau untuk tidak terlibat dengan mereka.” Adiel berbicara lagi. Kali ini tangannya disilangkan. Aku curiga..
Aku melihat Kayden menarik nafas yang panjang. “Gue sama lo punya dunia yang beda. Nggak usah sok sibuk sama urusan gue.”
Adiel tersenyum. Tidak terasa hati.
“Lagian, gue busy.. pening, sakit kepala and not stable today.. nggak lihat lo, gue baru bangun ni. Jadi, gue gak butuh consultant advice from unexpected and unvoted leader like you.” Kayden berdiri. Burnous milikku dikibarkan di udara untuk membuang habuk-habuk yang melekat.
Adiel pula terpaksa menjauh kerana Kayden dengan sengaja mengibarkan habuk-habuk itu ke arahnya. Tepat-tepat di hadapan mukanya. Kayden sungguh licik. Adakah kedua lelaki ini akan bergaduh? Entahlah.. aku masih berselindung di sebalik pintu.
“Apa agenda kau terima untuk perform dengan the only girl di fakulti kita? Apa niat tersembunyi kau terhadap blok Malaysia?” Adiel menyoal terus tanpa tapisan.
“Kau ada berniat buruk?” Adiel tersenyum melihat reaksi wajah Kayden seakan terancam. Aku yang berdiri jauh itu.. terus-terusan diburu penasaran.
“Maksud lo apaan?”
“Kau buat aku tertanya-tanya.. Macam mana aku tak syak kalau kau jarang muncul ke perhimpuan isnin. Aku sempat tengok kehadiran kelas kau di pejabat tadi. Minggu lalu saja, hanya dua kali sahaja kehadiran kau penuh pada sesi petang..dan aku perasan kau ada program lain.. di antara semua orang dari blok Indonesia, kau seorang sahaja yang turun naik bangunan canselor..” Adiel menduga sesuatu. “Did you.. perhaps.. the black sheep of our faculty?”
Aku ternganga.. Benarkah begitu? Siapa sebenarnya Kayden..
Mata Kayden memandang tembus ke arah Adiel. Detektif bersara di hadapannya itu bertugas tanpa rela. Aku melihat wajah Kayden menjadi serius. Kayden panas hati. Rahangnya mengetap.
“Kau suka berbicara dengan terang tanpa melihat siang dan malam. Kau selalu berada di antara semua orang dalam fakulti ni. Kau ada di mana-mana, Adiel Syawal. dan otak kau boleh pula syak aku sebagai black sheep?” Kayden bersuara membalas tuduhan Adiel. Kambing hitam itu pengkhianat dalam fakulti. Pengkhianat dalam OWL. Itu hukuman yang sangat berat.
Sekali lagi aku terkedu.. pertama kali aku mendengar Kayden bercakap dengan logat Malaysia.. begitu lancar.
Adiel tersenyum sinis lagi. “I never knew you could speak fluently in a Malaysian accent.. when you’re triggered..” Adiel maju selangkah ke hadapan. “Who are you.. really Kayden?”
“I should ask you the same thing.. Adiel.” Kayden menghumban burnous milikku ke wajah Adiel. “Give it to your classmate.” Dan berlalu pergi.
Aku pantas berlari kembali ke tandas dengan berdebar. Tapi kini ku tahu.. Misi ku terbahagi kepada dua, nombor 1, Jumpa Zafran dan minta data keberadaan John Javer dan peta besar OWL, nombor 2, siasat siapa identiti Kayden dan Adiel.. kenapa mereka begitu serius.. Aku curiga.

🌝NOTA DARI PENULIS:

Setiap hari  jam 8pm penulis akan update novel online ni. Jika korang mahu baca novel/chapter yg lainnya boleh check di RAK BUKU NOVEL BERSIRI 📖.

Like page Naiematus untuk dapat update terkini! Jangan lupa komen di bawah!😊

Leave a Reply

I’m Nem

Nemlogue.com is a small space where I keep fragments of the world – Writing, poems, paintings, art crafts, blogs and thoughts that didn’t have time to be said aloud.

Degree in Politics and a Master in Education (Economy). But i still love poems and creative writing.

Let’s connect

Discover more from Nemlogue.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading