(INSTITUSI OWL) Bab 10:  Praktis Hari Kedua- Novel Bersiri Online

BAB 10 : Praktis Hari Kedua

Aku yang terawal sampai di dewan. Aku menunggu Kayden. 30 minit berlalu, Kayden masih belum muncul-muncul lagi. Aku teringat akan bicara Kayden kelmarin. Katanya dia akan komited. Tapi, lihatlah sekarang. Ini komited cap apa?
Aku melepaskan keluhan entah untuk kali ke berapa. Aku duduk sesaat, kemudian berdiri lagi. Aku benci menunggu. Andai sahaja aku tidak menandatangani perjanjian fakulti yang disaksikan oleh Madam Hope tempoh hari, sudah pasti aku tidak perlu komited secara terpaksa sekarang ini. Sudah pasti juga aku telah mengikuti Travis ke perpustakaan pada waktu sekarang. Atau sudah pasti aku akan mencari Lily di dalam hutan tebal tu.. tapi untuk mencari Lily, aku terpaksa menunggu sabtu dan ahad, semasa udang-udang tidak berjaga.
Buat masa sekarang, keinginanku hanya mimpi. Jiwaku telah dijual untuk berkhidmat dan berkerjasama dengan setiap program fakulti yang ditawarkan kepadaku. Hanya kerana aku satu-satunya perempuan yang berada di dalam fakulti kepimpinan ini.. Tapi, aku merasakan ada hal lain selain dari pada itu? Apa yang fakulti mahu daripada aku?
Sedang aku menunggu, ingatanku kembali teringat akan Lily.. Apa maksud Lily yang dia masih menjadi tahanan Chairman John Javer.. aku tak faham.. Ini benar-benar membuatkan aku ingin mencari Lily semula. Jika dia ditahan oleh komuniti Helang Putih itu.. aku akan selamatkan dia.. sekali gus.. membunuh semua orang yang telah menyeksa kami sedari kecil.. mana mungkin aku tinggalkan Lily.. aku mengeluh..  Plan pertama, aku kena cari peta besar insti OWL.
Satu jam sudah berlalu, aku hampir putus harapan dengan kehadiran Kayden. Tidak semena-mena, Kayden muncul dengan keadaan tercungap-cungap tahap teruk, seolah baru sahaja lepas dikejar oleh seekor harimau.
“Jika kau pengsan, jadual praktis aku akan terjejas.” Aku memerhati Kayden cuba bersandar pada meja di sebelahnya tetapi malah jatuh terjelepok ke lantai kerana kehilangan keseimbangan. Hampir pitam dia.. Aku hampir tidak tahu hendak bertindak apa.. Tapi aku cuba mendapatkan Kayden di lantai.
Kayden kelihatan sungguh letih. “Air.. air..” pintanya.
Aku tidak ada pilihan lain selain memberi botol airku. Tapi hatiku berbolak balik. “Ini botol air aku. Aku perlukan untuk sesi penuh. Tapi kalau tunggu kau beli air akan membuang masa 15 minit.. Jadi.. ambil.”
Kayden tidak mendengar lagi penjelasan panjang dariku. Botol air direntap lalu habis diteguk oleh Kayden. Haus benar dia. Kemudian, dia cuba menyusun kembali pernafasannya. Oksigen ditarik panjang agar saluran darahnya bisa bernafas dengan normal semula. Lalu, dia merenungku. “Thank you.. for.. saving.. my life.” Ucapnya ikhlas tak ikhlas.
Aku mengangguk dengan berat hati. “Ookey.. tapi.. Kau lewat satu jam.”
Kayden mengangguk perlahan. Aku melihat dia termenung lama melihat botol di tangannya. “You’re right. But.. was this consider a kissing?”
“Aa..apa?”
Mata Kayden melihat muncung botol yang mempunyai bekas lipstik berwarna merah milik aku. “And.. sejak kapan lo  mula pake lipstick?” Kayden beralih memandang bibirku.
Aku kebingungan sekejap. Oh god.. aku hampir terlupa, pada subjek terakhir semasa di kelas tadi, Travis menghadiahkanku lipstik merah dan sangat insist untuk mencalitkan lipstik itu di bibir milikku. Lipstik merah itu dihadiahkan sempena persembahan nanti. Aku bersetuju kerana berhujah dengannya adalah perbuatan yang buang masa. “Travis.. tak guna.” Keluhku hampir berbisik.
Aku memandang Kayden. Di bibir Kayden tercemar pewarna lipstik dari muncung botol yang diteguk tadi. Sekali lagi aku  mengeluh. “Travis.. tak guna.” Ucapku lagi menyalahkan Travis.
Tanpa berfikir panjang, aku membongkokkan badanku mendekati wajah Kayden, lalu dengan perlahan mengelap bibir Kayden menggunakan jariku. “Ada warna merah di bibir kau.. Mungkin warna dari lipstik tak guna tu.” Ada sedikit merah dari lipstik itu melekat pada jari telunjukku, lalu kemudiannya aku lapkan ke seluarnya.
Mata Kayden besar menerima kelakuan polos dariku. Benar! Ketika itu aku langsung tidak terfikir akan perbuatanku yang menyebabkan wajah Kayden menjadi merah. Sesungguhnya aku hanya seorang perempuan yang tidak terfikir apa-apa perasaan sensasi pada detik janggal yang ku cipta itu. Bagiku, ia adalah tugas pembersihan yang segera dan perlu diselesaikan untuk meneruskan aktiviti yang efisien.
Kayden pula berlainan, dia terpaku sesaat. Masa berhenti seketika. Aku melihat Kayden hilang kesedaran selama 5 saat seakan tenggelam di dalam kolam mataku. Ketika tersedar, bingkas dia berdiri dan berundur selangkah. “Whats wrong with you?!” hampir menjerit.
Aku mengerutkan dahi. Aku masih dengan kepolosanku. Aku tidak faham kenapa Kayden bertanya sedemikian, sepatutnya akulah yang perlu memarahi dia kerana dia telah terlewat satu jam dari komitmen yang dia janjikan. “What’s wrong with me?! I’m the one who should be asking you that question. Kenapa kau lambat sampai?”
Kayden ternganga. “Ini isu lain dong, Theo. Kenapa sih lo polos banget?! Why are you so innocent?”
“What??” Aku masih kebingungan.
“You can’t just bend over to a guy and touch his lips!”
Tegur Kayden sambil menyentuh bibirnya sendiri seakan masih terkesan lagi. Terkesan dari sudut hati yang paling dalam MUNGKIN. Mungkin kelakuan aku tadi itu mendebarkan dia. Tambah-tambah lagi apabila melihat reaksiku yang kebingungan. Sumpah, aku benar-benar tak faham kenapa dia bereaksi sedemikian. Apa yang salah dari perbuatan aku tadi? Tolong jelaskan secara logik. Sekurang-kurangnya fahamkan aku dalam konteks yang aku faham.
“Kenapa kau tiba-tiba nak naikkan suara?! I’m just helping you to clean your lips from the stain.” Aku masih tidak faham mengapa Kayden memarahiku. Bukankah, itu adalah normal. Aku hanya bertindak sepatutnya..
“Are you that broken? What’s happened to your background? Was this normal to your culture?!” Kayden memeluk tubuh kerana dia mahu menutup debaran di jantungnya.
“Aa..apa?”
“Lo sebegitu rusak, ya?”
Nah. Dari ayat itu aku semakin sakit hati. Tapi aku terfikir sendiri, mungkin sebab aku dibesarkan di komuniti yang sesat. Pergaulan bebas dan perkara seperti sentuhan sedikit sahaja menjadi normal di dalam komuniti itu. Tapi, percayalah di antara semua, hanya aku sahaja yang masih menjaga diri. Dalam komuniti itu, amalan sentuhan rapat di antara lelaki dan perempuan terjadi selalu dan kadang-kadang berada diluar kawal.. Jadi, perkataan normal tersebut sudah berlainan maksud dan tarafnya bila digandingkan aku dengan dunia luar. Mungkin benar, aku sudah rosak. Mindaku yang telah rosak. Aku dirosakkan dengan budaya komuniti sesat! Aku tak tahu normal sebenarnya macam mana..
Aku terdiam sejenak. Sungguh aku terasa hati dengan perkataan Kayden, tapi sekurang-kurangnya aku tersedar bahawa tingkahku itu menyebabkan keadaan menjadi janggal. “I.. I don’t know anything about being normal.. I’m just being me.” Bisikku perlahan.
Kayden turut terdiam. Mungkin dia sedikit rasa menyesal kerana mencurahkan ayat pedas itu terus ke mukaku tadi. Tapi mungkin dia bersoal sendiri.. tentang aku. Aku dari latar belakang yang macam mana? Apa yang aku fikir? Tunduk dan menyentuh bibir lelaki tanpa berfikir panjang.. Aku sungguh malu.
“You know, Thoe? I could just kiss you. You’re lucky that I’m a keeper..” Kata Kayden bersahaja.
“Maksud kau?” Tanyaku lagi. Bukannya aku tak dengar.. Tapi.. aku ragu dengan telingaku.. Otakku sedang memproses kemungkinan Kayden bermaksud apa.
“Gue bercanda lah.. Okey. Udah. Ayo, kita latihan..” Kayden mengubah suasana di antara kami berdua.
Aku melepaskan keluhannya. “Okey.” Itu sahaja balasanku malas memanjangkan suasana janggal.
Kayden mengeluarkan telefon pintar dari beg. Dia memasang kembali video kelmarin. Hari ini kami akan fokus pada gerakan dari minit ke tiga sehingga tamat. Ternyata ia sangat mudah.
Sesekali, Kayden tersilap langkah. Aku membetulkan secara terus terang. Kejadian awal tadi telah dilupakan oleh kami berdua.. seperti angin sahaja. Jika kelmarin, tarian yang dipraktiskan hanya bersentuhan tangan. Kali ini tarian memerlukan Kayden memegang pinggangku dan tangan kananku di bahunya. Ada agenda berpusing. Terdapat juga satu minit di mana aku dan dia berhadapan dan menatap mata dalam beberapa saat. Semuanya penuh drama. Sad-beautiful-tragic.
Pada setiap langkah yang diatur, Kayden lah yang seringkali terasa kekok, manakala aku pula seakan tidak kisah.. atau aku kisah, cuma aku tidak ada pilihan lain. Perjanjian itu sudah berada dalam fail yang menyusun sejarah OWL.

🌝NOTA DARI PENULIS:

Setiap hari  jam 8pm penulis akan update novel online ni. Jika korang mahu baca novel/chapter yg lainnya boleh check di RAK BUKU NOVEL BERSIRI 📖.

Like page Naiematus untuk dapat update terkini! Jangan lupa komen di bawah!😊

Leave a Reply

I’m Nem

Nemlogue.com is a small space where I keep fragments of the world – Writing, poems, paintings, art crafts, blogs and thoughts that didn’t have time to be said aloud.

Degree in Politics and a Master in Education (Economy). But i still love poems and creative writing.

Let’s connect

Discover more from Nemlogue.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading