Tujuh adalah nombor kegemaran saya. Tapi tak perlu tujuh tahun untuk menentukan kebahagiaan perkahwinan. Sebab setiap hari, adalah hari yang berbeza, kita boleh bahagia setiap detik.

Saya selalu dengar kehidupan adalah roda. Kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Tapi saya gemar untuk ulang ayat ni. “Dunia memang bersifat ujian, selagi kita hidup, selagi tu ada ujian.”
Mengenang kembali kisah lama bersama suami tercinta, ketika di bangku persekolahan. Kami cuma remaja yang baharu, singgah sana, singgah sini. Tidak pernah tahu bahawa suatu hari nanti akan berjodoh. Dia seorang pelajar yang ala kadar, berjalan bertentangan dengan peraturan. Manakala.. Saya pengawas sekolah, bingit, kecil dan mungkin selalu memandang ke langit.
2009 mula, Sekolah berasrama penuh. Penuh apa? Penuh drama.
Waktu tingkatan 4, saya dan lelaki ini (suamiku kini) selalu tidak sebulu. Banyak perkara yang saya tidak suka tentang dia. Salah satunya ialah, perangai selamba sepanjang masa. Lelaki ini tidak memberi reaksi yang roman picisan. Jika terjatuh, dia duduk dan tidak bertindak melulu. Hanya duduk di lantai dan mengangguk. Lelaki ini sedikit pelik. Saya tidak faham.. dia sungguh berpijak pada pendirian dunianya sendiri. Peraturan sendiri. Cara belajar sendiri.
Sukar saya mengerti. Sedang ketika itu, saya pula tidak berpijak di bumi yang nyata. Saya juga sedang bermain imaginasi sendiri. Kami punya dua dunia yang berbeza.
Ujian. Ujian sudah tentu ada. Sama seperti di alam persekolahan. Tapi level ujian kali ini sedikit mencabar. Ia lebih kepada penentuan hala hidup. Dan pada hari ini, saya pandang ke langit lagi.. dunia memang bersifat ujian. Tidak perlu risau, kerana.. kali ini saya ada kawan untuk menghadapi semua ombak ujian itu. Kawan yang selamba.
.
Kini, lihat lah. Dua dunia bersatu..

Salam anniversary 02022020 wahai suamiku. Sudah 6 tahun dalam alam perkahwinan.
Kita dalam perahu, menuju ke destinasi yang kita rancang bersama. Di bawah laut ini, semua cerita, semua luka kita kongsi di bawah jutaan bintang dan buana. Tidak mewah, tapi sederhana.. masih menggenggam tangan yang sama.
Di jiwa, kita masih remaja. Masih dengan tawa dan jenaka. Imbas semua kisah tika kita tak kenal bahaya. Kasih ku beri.. engkau lindungi berhari. Mungkin hingga ke destinasi atau hingga bintang tak berseri.
Lalu detik ini, langit masih ku tatap, tapi dengan senyum terpahat.







Leave a Reply