(INSTITUSI OWL) Bab 8: Wakil dari Politik-novel bersiri

BAB 8: Wakil dari Politik

“Hahhh!!” Aku terbangun mengejut seraya menarik nafas yang panjang. 

“Relaks.. Theo.” London berada di hadapan mukaku.

Aku terkejut. Salsa dan Janna muncul mendekati diriku yang terbaring di katil.

“Aku.. aku di mana?” Soalku. Walau mataku telah menangkap keadaan sekeliling. Aku berada di bilik 107. Tapi bagaimana? Bukankah aku berada di hutan tadi? Kelmarin? Atau bila..

“Kau merisaukan kami, Theo.” London memulakan bicara. Aku kebingungan. 

“Kau pengsan di tengah bilik. Kau lupa makan ya?” Soal Salsa. Aku mengurut dahiku. Apa? Pengsan di tengah bilik? Bukankah aku berada di hutan sebelum ini.. dan.. dan ritual tu berada di hutan.. aku pengsan di tengah hutan.. tapi macam mana aku berada di hutan.. Lily! Baruku teringat akan Lily..

Aku perlu segera mencari Lily. Dia mungkin masih ada disekitar kawasan besar OWL ni. Aku perlu peta. Ya. Aku perlu peta!

“Pantasan lo pengsan.. lambung ya? Gue ada kok camilan..” Janna pula bersuara. 

“Nah.. minum air ni.. mungkin kau kurang air.” London menghulurkan aku segelas air. Aku menyambutnya.. lengan kiriku terasa agak pedih. Aku melihat lenganku.. 

Luka hirisan pisau itu masih ada.. 

“Ya tuhan.. masa luka segede itu kok ngga dirawat sik.. pantasan lo pengsan..” Janna cepat-cepat mengambil emergency kits yang berada di atas almari.

London menarik tangan kiriku perlahan.. Dia dan Salsa mula merawat lukaku. Sesungguhnya aku tidak pernah diperlakukan seperti ini. Tapi egoku masih sahaja tebal di hadapan mereka, aku tidak mengucapkan terima kasih. Aku malah membuang pandanganku keluar jendela.. sekarang aku diuji dengan pendirianku sendiri. Aku sangkakan semua di sekelilingku berniat jahat.. aku lupa cara untuk membuka pintu kepercayaan lagi.. Ketiga-tiga orang ahli bilikku ini seperti malaikat. Hanya aku sahaja yang tidak punya hati untuk memahaminya..

🌝NOTA DARI PENULIS:

Setiap hari jam 8pm penulis akan update novel online ni. Jika korang mahu baca novel/chapter yg lainnya boleh check di RAK BUKU NOVEL BERSIRI 📖.

Like page Naiematus untuk dapat update terkini! Jangan lupa komen di bawah!😊

Leave a Reply

I’m Nem

Nemlogue.com is a small space where I keep fragments of the world – Writing, poems, paintings, art crafts, blogs and thoughts that didn’t have time to be said aloud.

Degree in Politics and a Master in Education (Economy). But i still love poems and creative writing.

Let’s connect

Discover more from Nemlogue.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading