BAB 7 : Ritual
“Bangun!”
Teriak satu suara di hadapanku. Aku terkejut selaras terbangun.
“Lily?” Dalam keadaan yang kebingungan, aku memandang sekeliling.. Tidak ada Lily di sana.. mataku yang kabur ini dapat mengesan, aku masih berada di dalam hutan.. tapi suasananya agak aneh. Aku dikerumuni sekurang-kurangnya sepuluh orang yang memakai burnous tutup semua dari kaki hingga kepala. Sehingga aku tak dapat mengenalpasti identiti mereka. Mana Lily?
“Theo Dora.. kau telah menandatangani perjanjian OWL..” bisik satu suara di antara mereka.
Aku hendak berdiri tapi, tubuhku terasa begitu lemah. Tambahan pula, tanganku diikat oleh mereka.
“Kau perlu.. lalui ritual ni.. untuk melengkapkan kesetiaan kau..”
Dahiku berkerut seribu.. kesetiaan apa pula? Aku bukankah sudah menandatangani perjanjian fakulti. Ada apa pula dengan ritual ni.. aku tidak faham! “Urusan.. tentang perjanjian tu sudah selesai. Lepaskan aku..” pintaku. Aku perlu kejar Lily!
Tiba-tiba salah seorang dari mereka memegang kasar dan mendongakkan rahang dan pipiku. Aku melihat ada gelas yang dipegang oleh mereka. Pantas ingatanku melangkau memori gelapku dulu.. ritual.. ini adalah ritual.. aku berdebar. Sedaya upaya aku ingin melawan!
Cecair dari gelas itu dipaksa tuang ke dalam mulutku. Aku terbatuk dan tersedak. Aku meronta sekuat hati.. air mataku sudah membasahi pipi. Setelah cairan pahit itu ku jatuh ke salur kerongkong. Lidah dan tekakku rasa dicengkam. Ada bau besi karat bercampur herba busuk yang naik ke hidung, aku ingin muntah, tetapi tidak dapat. badanku terasa asing.. fikiranku jadi kabur. Seluruh tubuhku menjadi sakit.. aku tahu ini cairan apa! Cairan berwarna perang tua yang digunakan oleh komuniti Helang Putih untuk ritual kesucian jiwa. Ayahuasca!
“Kami dengar kau.. boleh bunuh sesiapa sahaja.. Ini.. tugasan kau..” bisik satu suara. Sedang aku menjadi mamai dalam kesakitan. Mataku terpejam-pejam menahan kesakitan di kepalaku.
“Ada pengkhianat yang telah menjual rahsia institusi ni kepada musuh. Kami tak tahu siapa. Tapi kau ada naluri.” Aku dibisik lagi. Hilang.
Suara-suara yang ku dengar berubah menjadi lapisan-lapisan bunyi yang bingit. Hingga halusinogen dari ayahuasca itu mendengarkan aku suara yang selama ini aku benci.
“Bunuh.. Atau dibunuh.. Bunuh.. Atau dibunuh.. Bunuh atau dibunuh..” Suara mereka bergema.
“Ritual Pecah Sumpah.. ini adalah satu jalan pembersihan khusus kepada pemberontak. Paksa telan ramuan pahit yang membangkitkan semua ketakutan terdalam, semua bayang-bayang lampau, dan apabila kau rebah, minda kau dibina semula. Taat. Senyap. TUNDUK.” Itu suara Pendeta Neraka. Aku berdebar. Halusinasi menjadi teman bisikan tika kini. Imej di hadapanku berlapis-lapis. Mataku ingin terpejam.
Ikatan di tanganku dibuka. Aku diberi sepucuk pistol revolver yang agak berat.. “Tembak satu, kalau kau betul, kau selamat. Kalau kau salah.. Peluru seterusnya untuk kau..” bisik satu suara.
Beberapa saat kemudian.
“Bunuh dia!!” suara teriakan menyedarkan diriku.
Aku melihat sekeliling, berpinar-pinar. Tidak ada sesiapa di sana.. kecuali diriku dan sepucuk pistol di tanganku.. Aku cuba untuk bangun, kali ini tubuhku merasa agak kuat sedikit berbanding tadi..
Tiba-tiba dari arah bertentangan aku melihat satu lembaga hitam yang besar. Aku terkejut.. adakah aku berhalusinasi.. Dari satu, jumlah lembaga itu menjadi tiga. Semuanya berupa Pendeta Neraka. Agh, sudah!! Semua ini tidak logik. Nampaknya cairan yang dipaksa minum tadi itu merupakan asbab kenapa fikiranku sekarang tidak waras..
Lembaga-lembaga itu seakan berlari ingin menyerangku. Aku tidak menunggu lama, aku berlari ingin menyelamatkan diri, kerana tika ini, aku berdebar. Saat kakiku terlanggar satu akar besar yang menjalar keluar, aku terpelanting ke depan. Pistol di tanganku terlepas. Aku mendengar suara-suara orang bergelak ketawa.. apa ni. . halusinasi jenis apa ni..
“Tembaklah! Kau pengecut! Perempuan lemah!” entah suara siapa..
Belum sempat bangun, satu lembaga yang tadi muncul! Siapa lagi kalau bukan Pendeta Neraka. Kakiku ditarik olehnya. Dalam kepanikan, tanganku pantas mencapai pistol tadi, lalu menekan picunya.
Pew!
Satu peluru keluar dari muncung pistol tersebut, lalu terkena tepat ke dada lembaga tersebut. Lembaga itu jatuh ke tanah. Aku terkedu.. Pistol di tangan, aku lepaskan.
Keadaan hutan itu menjadi riuh. Aku mendengar caci maki dari semua sudut yang gelap.. Aku berdiri, perlahan-lahan mendekati lembaga tadi.. yang kini telah bertukar menjadi seseorang yang memakai burnous. Saat hoodie-nya ku buka, aku terkejut.. dia adalah seorang pelajar lelaki.. yang aku tak tahu dari fakulti mana.. dan.. itu bukan Pendeta Neraka. Dia bukan Sir Kell Haiman!
Fikiranku menjadi kacau. Aku berdebar.. aku telah membunuh seorang pelajar. Aku berundur dan memandang sekeliling. Tanganku bergetar. “Hentikan semua ni!!” Jeritku dengan kuat.
Kawasan hutan menjadi senyap.
“Kau sungguh bijak.. Theo Dora.” Seorang lelaki muncul dengan memakai burnous serba tutup. Aku hanya melihat matanya sahaja.
“Please.. aku.. aku tak mahu terlibat dengan ritual.. dan benda mengarut ni..” ujarku. Detik itu aku harapkan aku sedang berhalusinasi sahaja..
Lelaki itu menggeleng. “Aku boleh bunuh kau.. sementara fikiran kau tak waras..”
“A..apa??” aku berundur selangkah. Sebanyak mana aku merasa panik dengan semua kejadian ini, sebanyak itu aku menjadi sakit hati.. siapa sebenarnya tak waras.. aku? Atau mereka..
Lelaki itu mula mengacuhkan pisaunya ke arahku. Aku cuba mengelak. Tapi pisau itu masih sempat terhiris ke lengan kiriku. “Aghh!!” jeritku kesakitan.
Tapi pantas aku berpusing apabila lelaki itu mula menyerang. Aku menghentak tangannya. Pisau tersebut terpelanting. Lalu aku berlari mengambil pisau itu sebelum serangan terjadi lagi.
Aku mengacuhkan pisau itu ke arah lelaki tersebut. “Berhenti sekarang! Aku tak mahu bunuh siapa-siapa lagi..” aku cuba untuk bernegosiasi.
“Oh Theo.. kami sudah lama nak hapuskan dia, tapi kami perlukan seseorang untuk buat kerja kotor. Tahniah, tangan kau dah kotor sekarang.. Kau sebahagian dari kami..” Kata lelaki itu. Dia terus berlari ingin menyerangku. Tapi itu langkah yang bodoh aku kira..
Ada satu hal yang mereka tidak tahu tentangku.. Aku mahir dalam ilmu perlawanan.. Aku merupakan gatekeeper kepada doktrin John Javer sejak kanak-kanak 10-12 tahun. Ketua ajaran sesat itu paranoid bahawa kerajaan akan menyerang. Orang dewasa sering khayal dengan dadah/zikir, jadi tugas menjaga keselamatan perimeter kampung diserahkan kepada kanak-kanak. Jika tidak, aku tidak akan diberi makan di asrama Dahlia. Keperitan hidup adalah guruku.
Tapi aku berusaha untuk tidak menggunakan apa-apa ilmuku ketika emosiku tidak stabil. Jika tidak, akan ada sesuatu buruk yang akan berlaku, dan itu semua adalah dari perbuatanku yang hanya mahu untuk mempertahankan diri atau menghentikan sesuatu situasi. Lily cakap, aku dilahirkan dengan seorang kembar, aku dan kemarahanku.
Aku menggenggam tangan.
Lelaki itu sudah berada di hadapanku. Dia bertindak untuk merampas pisau tersebut. Aku menghentak lehernya menggunakan sikuku. Dia tersentak. Tapi tidak berputus asa, dia menarik rambutku dengan kuat. Aku menjadi marah dan terdesak. Jadi, aku menoleh ke kanan kerana di situ posisi yang luas untuk ke membuat serangan. Lantas, pisau itu ku tebukkan ke dadanya. Sesaat saja, lelaki itu jatuh ke tanah.
Aku meniup rambutku ke belakang sambil mengatur nafas lajuku menjadi normal kembali.. tapi belum sempat aku bertenang sesaat.. ada suara..
“Sekali lagi.. Tahniah..”
Aku menoleh. Tanpa ku sangka, debu putih ditiupkan ke arah wajahku. Tanpa sengaja aku menghirupnya.. aku pitam.
🌝NOTA DARI PENULIS:
Setiap hari jam 8pm penulis akan update novel online ni. Jika korang mahu baca novel/chapter yg lainnya boleh check di RAK BUKU NOVEL ONLINE MALAY 📖.
Like page Naiematus untuk dapat update terkini! Jangan lupa komen di bawah!😊








Leave a Reply