BAB 9: Praktis Hari Pertama
Sudah minggu ke-tiga. Madam Hope ada memberitahuku yang pertandingan kreatif intra-fakulti akan diadakan pada minggu hadapan. Aku diarahkan untuk melibatkan diri pada persembahan pembukaan program tersebut.
Aku menolak mati-matian.
Tetapi Madam Hope memerangkapku dengan membawa balik isu tentang perjanjian yang telah aku tandatangani pada hari pertama menjejaki kaki di fakulti. Ingat lagi ketika Prof. Yasmin mengarahkan aku berjumpa dengan Madam Hope semasa semua orang hairan akan kewujudanku di fakulti? Ya. Pada ketika itulah aku menandatangani perjanjian secara rasmi.
Perjanjian itu mengikat diriku untuk memberi jiwa dan ragaku kepada fakulti politik dan pemerintahan. Tapi aku tidak pula berani hendak membahaskan ‘ritual perjanjian aneh’ yang terjadi kepadaku di hutan itu.. Kerana jika aku tidak berhalusinasi, aku telah membunuh dua orang pelajar yang tidak aku kenali.. Dan aku rasa Madam Hope tidak tahu apa-apa mengenai hal ini.. aku rasa ada pihak lain yang menjalani komuniti pelik di dalam institusi ini. Komuniti yang ada irasnya dengan Helang Putih..
Aku Mengeluh.
Lalu sekarang ini, aku berada di dalam dewan besar. Sedang duduk di atas pentas sambil kaki aku juntaikan ke bawah. Aku menunggu kehadiran Jammy dari blok akademik I, dia merupakan seorang pelajar yang aktif dan yang akan berkerjasama denganku untuk menjayakan persembahan nanti. Kami cuma ada masa sebanyak tujuh hari lagi untuk praktis.
“Hai.”
Suara lelaki menegur dari belakang. Aku menoleh seraya terkejut. “I knew you.” Mana mungkin aku mudah lupa dengan lelaki ini. Lelaki yang bernama Kayden. Sepasang mata berwarna amber itu menjadi logo identiti bagi Kayden. Senang dikenali.
“Theo Dora?” Kayden menepuk dahi. Dia seakan tidak menyangka orang yang berhadapan dengannya sekarang adalah aku.
“Mana Jammy?” Soalku. Lain yang ditunggu lain pula yang sampai.
“He is sick right now. Kena flu or something.. But, dengarin ya. Gue ngak tahu sama sekali kalau orang yang Jammy maksudkan itu adalah lo.” Kayden cuba memberi penjelasan kepadaku agar aku tidak memandang aneh kepadanya. “dan.. gue yang akan ganti dia..untuk perform..”
Aku terdiam. Berfikir sejenak. Perlukah aku memberi reaksi yang buruk? Tapi.. Meneruskan hari-hari berlatih bersama jejaka ini tidak dapat menyakiti diriku seteruk yang aku telah lalui dalam hidup ini. Jadi, peduli lah.. aku tidak ada pilihan lain. Aku hanya menjalankan arahan fakulti.
“Fine.. where do we start?” Soalku. Kayden tidak menunggu lama, dia terus duduk di sebelahku.
“Jammy said, we’ll do dancing.”
“Aku rela menjadi badut dari menari.”
“Lo selalu aja sarkastik.. Ini videonya. Step by step. Tarian ni senang sahaja. Music slow and folk style.” Kayden mengeluarkan telefon pintar dari begnya. Aku pula dihujani banyak tanda tanya. Bukankah tidak ada satu orang pun pelajar yang dibenarkan memiliki telefon? Kenapa Kayden boleh ada.. Bagaimana jika nanti musuh luar menggodam peranti-peranti pelajar yang tak terlindung dengan baik.
Dalam video itu, tarian berlangsung hanya dalam empat minit sahaja. Ia adalah tarian berunsurkan romantik tetapi bertemakan sad-beautiful-tragic. Tarian tersebut membawa cerita tentang pasangan yang mempunyai latar belakang yang berbeza, bertemu pada waktu yang salah dan mencintai ketika masa sudah terlambat.
Aku yakin aku boleh menari, kerana semasa kecil, aku selalu diletakkan pada aktiviti fizikal seperti menari. Untuk apa? Untuk sesi persembahan tahunan yang sentiasa diadakan di asrama Dahlia. Aku cuma perlu praktis sahaja. Tujuh hari cukup untuk aku menjadi mahir. Aku tidak perlu koreografer. Tapi macam mana pula dengan Kayden?
“Kayden, kau tahukan, kau akan ganti tempat Jammy sehigga habis persembahan?” Soalku.
Kayden tersengih. “So?”
Aku mengerutkan dahi. Tidak tahu ayat apa yang perlu aku ungkapkan.. tapi secara kasarnya, adakah Kayden dapat memberi komitmen?
“Theo, I can commited in this. Trust me.” Sambung Kayden. Dia meletakkan telefon tersebut di lantai. “Hari ni kita akan mula minit pertama hingga minit ke dua sahaja.” Kayden berdiri, menghulurkan tangannya kepadaku.
Aku perempuan yang bermaruah. Mana mungkin aku menyambut tangan lelaki yang masih asing ini. Aku berdiri sendiri. Kami berdua mula praktis menari. Ia bermula dari pertemuan dua orang penari, diikuti dengan drama awalan. Tidak ada persentuhan yang lebih daripada sentuhan tangan kami berdua. Aku perasan, Kayden juga sangat mahir dalam bidang tarian ini. Memorinya tajam. Di antara kami berdua, dia yang lebih banyak menegur kesilapan kecilku.
Pada hari pertama itu, hubungan di antara aku dan Kayden hanya sebatas kenalan tanpa sengaja. Tiga jam masa diperuntukan praktis sebelum kami berhenti.
Ketika masa telah tamat, dan masing-masing sudah kelelahan. Aku dan Kayden bergerak ke perhentian bas dan naik bas yang sama. Tempat duduk juga bersebelahan, bahagian hadapan. Lalu, aku akan turun duluan, kerana bangunan asramaku lebih dekat berbanding asrama Kayden.
“Jumpa esok.” Itu pesanan terakhir Kayden. Aku hanya mengangguk tanpa bicara. Esok kami akan bertemu lagi selepas selesai sesi pembelajaran. Kehidupan yang normal. Itu yang aku mahu.
🌝NOTA DARI PENULIS:
Setiap hari jam 8pm penulis akan update novel online ni. Jika korang mahu baca novel/chapter yg lainnya boleh check di RAK BUKU NOVEL BERSIRI 📖.
Like page Naiematus untuk dapat update terkini! Jangan lupa komen di bawah!😊








Leave a Reply