30 Hari Mencipta Karya: Cabaran Penulis

Mampukah saya menyiapkan satu karya selama 30 hari? 1 day, 1 chapter.

Pengenalan

Beberapa tahun yang lalu, saya giat menulis novel bermain dengan imaginasi, habit ini menyebabkan saya lebih tenang sekali gus dapat menguji fikiran, minda dan jari-jari untuk menekan papan kekunci pada laptop saya. Tapi penulisan saya mula tidak konsisten sejak beberapa tahun ke belakang ini, kerana jalan hidup yang penuh simpang siur, bermula dari sambung study (Master) di UPSI, berkhawin, dan menjalani hidup sebagai seorang ibu kepada dua orang anak, serta berkerja lagi.. detik itu saya mula lupakan identiti saya sebagai penulis. Saya tahu ramai orang yang menghadapi keadaan seperti ini. Mengejar passion, tetapi laluan tersasar.

Burn the ship!

Jadi, saya berhasrat untuk meneruskan sahaja penulisan secara online (melalui Nemlogue.com), Sebab saya sudah mula berfikir tentang Retirement. Apa yang saya akan lakukan untuk menghadap hari-hari tua, jika panjang umur. Well, menjawab persoalan ini, saya akan menulis, bermain dengan imaginasi.

Untuk memulakan kembali kegiatan ini, saya mencabar diri saya untuk menyiapkan satu buku fiksyen. Saya tahu motivasi saya selalunya bergantung kepada keminatan pembaca, maka kali ini saya bilang (sabahan slang), jika pembaca saya hanya 5 orang sahaja pun, saya akan teruskan. Saya akan bakar kapal layar! tidak ada plan B atau C.

Butiran Karya

TAJUK : INSTITUSI O.W.L

GENRE: Political Dystopian Fiction,

Muka depan Karya Institusi O.W.L

Institusi ini tersembunyi, tidak ada sesiapa yang miliki peta besar untuk seluruh institusi ini, yang ada cuma pihak pentadbiran sahaja.

Dua orang watak yang penting.

Theo Dora (18), saya suka akan nama Theo, menunjukkan keganasan dalam kelembutan, mempunyai jati diri tersendiri, penuh dengan misteri, dan gadis yang berani. Ingatannya tajam macam burung gagak. Sendirian tersisi dan sudah biasa.

Kayden (22), pula nama yang simple, biasa. Tapi dari gerak gerinya membimbangkan pembaca, dia bukan orang yang senang diteka, dia penembak yang jitu. Cuma sayang, dia tak punya kebebasan yang banyak. Kakinya terikat oleh dua keputusan hidup yang berbeza.

Perihal sinopsis penuh dan bab-bab yang akan di-post-kan boleh rujuk sini : INSTITUSI OWL (NOVEL ONLINE)

Akhir Kalam

They said, manusia hanya merancang, Tuhan menentukan. Hidup kita hanya sekali, jadi kenapa kita takut atau malu dengan pandangan orang, enjoy your life. Buat apa yang terbaik dan buat apa yang kita suka. Ya. Selamat mencuba untuk bangkit lagi, wahai diri. Terima kasih kepada pembaca blog saya! I wish you guys the best!

2 responses to “30 Hari Mencipta Karya: Cabaran Penulis”

  1. Din Shahrul Gervatius avatar
    Din Shahrul Gervatius

    Liked it so much

    1. Nemlogue avatar

      Trima kasih dinoooo

Leave a Reply

I’m Nem

Nemlogue.com is a small space where I keep fragments of the world – Writing, poems, paintings, art crafts, blogs and thoughts that didn’t have time to be said aloud.

Degree in Politics and a Master in Education (Economy). But i still love poems and creative writing.

Let’s connect

Discover more from Nemlogue.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading