5 Strategi menggunakan AI untuk merancang Pelajaran Tuisyen dalam 15 Minit

Pusat tuisyen adalah sekolah kedua untuk pelajar. Diakui guru-guru menghadapi bebanan tinggi dalam menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM), terutama jika mengajar pelbagai subjek dan tahap. 

Wujudnya AI seperti ChatGPT atau Gemini sebagai pembantu peribadi sudah tentu dapat mengurangkan masa perancangan pelajaran daripada sejam kepada hanya 15 minit, membolehkan guru fokus pada pembelajaran sebenar. 

Mari keluarkan kepala anda keluar jendela kepayahan dan menghadap satu pemandangan agung jika AI digunakan selaras dengan fungsi seorang guru.


Strategi 1: Penjana Soalan Latih tubih pelbagai Aras (Differentiated Quizzes)

Cepat dan tepat. Beri AI arahan spesifik (prompt) untuk menjana, contohnya, 5 soalan aras mudah, 5 soalan aras sederhana dan 5 soalan aras tinggi – berdasarkan topik subjek yang difokuskan. 

Tapi sudah tentulah guru perlu merujuk skema dan fakta yang seukuran dengan tahap pendidikan pelajar. Soalan Matematik pecahan tidak sama untuk setiap tahap.


Strategi 2:  Rangka Pembelajaran 90 minit yang efektif.

Guru boleh meminta AI untuk menyediakan rangka (outline pembelajaran 60 minit yang merangkumi: 

  • Pengenalan (5-10 minit) – Ice breaking, recap kelas lepas, objektif pembelajaran hari ini.
  • Penerangan Topik (15-20 minit) – Point utama, contoh mudah, demostrasi/nota ringkas.  tuisyen galakkan untuk guna papan putih semaksima mungkin.
  • Penilaian Cepat (5-10 minit) – Mini quiz,  beri soalan ringkas untuk uji kefahaman.
  • Penutup (5 minit) – Rumusan pembelajaran. maklumkan tentang topik seterusnya.

Mohon guru-guru ingat, bahawa setiap pelajar mempunyai tahap kefahaman yang berbeza, maka digalakkan untuk melawati pelajar-pelajar dari meja ke meja (coaching style) secara personal semasa PNP. 


Strategi 3 : Idea Aktiviti Interaktif dan Didik Hibur

Tuisyen bukan tempat yang menakutkan pelajar, juga bukan tempat yang terlalu serius sehingga menyebabkan pelajar ragu-ragu untuk datang kembali ke tuisyen. Hiburkan mereka juga. 

Guru boleh tanya AI, contohnya. “Berikan 3 idea aktiviti/ game ringan untuk mengajar konsep [topik spesifik] bagi pelajar [tahap umur/gred]”

Lalu guru memperolehi idea out of the box dengan serta merta tanpa perlu melayari forum pendidikan.


Strategi 4: Menghasilkan Bahan Bacaan Tambahan dan Fakta Menarik

Sejujurnya, pelajar lebih mudah mengingati sesuatu perkara apabila ia dikaitkan dengan ilmu atau hal yang luar dari pembelajaran mereka (atau luar dari kotak fikiran). 

Minta AI untuk menyenaraikan 5 fakta menarik berkaitan topik yang diajar. Contoh. Hari ini ajar:

Fakta menarik Sains tentang Gerhana  – 

  1. Gerhana sentiasa berlaku cuma bukan di tempat yang sama. > Setiap tahun ada beberapa gerhana matahari & bulan, tapi lokasi dia berubah-ubah, sebab orbit bumi dan bulan tidak selari 100%.
  2. Gerhana matahari penuh  boleh jadikan siang macam malam. > Semasa total eclipse, langit jadi gelap, suhu turun beberapa darjah dan haiwan berkelakuan macam sudah malam. 
  3. Gerhana bulan boleh nampak dari separuh bumi.> Kalau gerhana bulan semua orang yang ada di bahagian bumi yang sedang malam boleh nampak, tidak kira negara mana. 
  4. “Blood moon” BUKAN sebab bulan berdarah.  > melainkan refleksi cahaya matahari dibias oleh atmosfera bumi. hanya yang merah saja sampai ke permohaan bulan. 

Menarik, bukan?


Strategi 5: Menyesuaikan Bahan untuk Pelajar Khas (Customized Material)

Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang unik. Anda sebagai guru telah menyedari hal ini sudah lama, bahkan dari zaman sebelum masihi, bukan? -gurau. 

Jika ada pelajar yang belajar secara visual, minta AI untuk menyenaraikan analogi visual yang menerangkan konsep tersebut. Jika pelajar perlu belajar secara mendengar, minta AI menjana contoh dialog atau monolog yang berkaitan.

Sekali gus ini menerapkan pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar (student-centered).


KESIMPULAN:

AI ialah senjata yang berkuasa pada zaman kini. ia mampu menjimatkan masa, tetapi tidak menggantikan empati dan penilaian profesional seorang guru. 

Masa merancang dijimatkan untuk berinteraksi lebih banyak dengan pelajar dan memantau kemajuan mereka. 

Jadi, setakat ini, adakah AI benar-benar membantu dalam dunia pendidikan? lebih membantu guru atau pelajar? Coba komen di bawah. 

Leave a Reply

I’m Nem

Nemlogue.com is a small space where I keep fragments of the world – Writing, poems, paintings, art crafts, blogs and thoughts that didn’t have time to be said aloud.

Degree in Politics and a Master in Education (Economy). But i still love poems and creative writing.

Let’s connect

Discover more from Nemlogue.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading